Admin Tealive, Mydin tunai janji di Twitter jumpa ‘depan-depan’ tukar hadiah

0
1

Nurul Huda Abhar

NAMPAKNYA kisah admin Twitter Tealive Asia dan Mydin Malaysia masih ada sambungan kerana akhirnya mereka benar-benar menepati janji dengan bertukar cenderahati, semalam.

Menerusi ciapan dua jenama tersebut, masing-masing memuat naik gambar di mana mereka bertukar cenderahati iaitu kemeja-T OURDIN milik Mydin dan air minuman Tealive.

“Min (admin) mahu mengucapkan jutaan terima kasih kepada @MydinMalaysia kerana dapat menepati janji untuk bertukar cenderahati.

“Tujuan pertukaran ini satu sahaja, supaya dapat mendekatkan brand (jenama) kami dengan anda semua,” ciap Tealive Asia.

Ciapan itu dibalas Mydin dengan berseloroh mahukan lagi minuman berperasa lain pada akan datang.

“Terima kasih kepada Tealive sebab sudi belanja min dan kawan-kawan. Next time bagi flavour sedap sikit eh,” ciap Mydin.

Rata-rata pengguna Twitter pula terhibur dengan gimik dari dua jenama itu, dan ada juga yang mahu agar admin Tealive dan Mydin menunjukkan wajah mereka.

“Admin tealive ada berkenan kat admin mydin tak? Hehe..,” ciap Thelivingtr.

“Tolong kami.. kami nak tengok admin tealive dengan Mydin.. verify please. So sweet,” kata Zikriadm.

“Hahaha, bagus PR diorang ni. Pandai buat gimik buat orang terhibur. Siap ada before and after. Good job guys,” kata Daniindees.

Semalam, ramai netizen yang terhibur dengan ‘perbualan’ antara admin-admin di laman Twitter.

Ia bermula dengan ‘sapaan’ dari Tealive kepada Mydin, dan kemudian bersambung dengan ulang kicau dari jenama seperti TGV Cinema, Oppo Malaysia, 7-Eleven Malaysia, dan A’Famosa Theme Park. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here