Sikap ‘humble’ Hishammuddin ikat tali kasut pelajar sentuh hati netizen

0
1

SIKAP ‘humble’ Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein membetulkan tali kasut seorang pelajar hari ini, sekali lagi meraih perhatian warga netizen.

Menerusi hantaran video berdurasi satu minit di Facebooknya, Hishammudin secara spontan menundukkan badannya untuk membantu mengikat tali kasut seorang pelajar bernama Adib yang terlerai ketika berada di atas pentas dalam satu majlis di Kementerian Pertahanan, hari ini.

“Adik Adib datang Kementerian Pertahanan Malaysia hari ini. Dari Kuala Kubu Bahru. Kemas. Segak. Cuma tali kasut nak terlerai masa naik pentas.

“Takpe. Biar MenHan betulkan.Jumpa lagi Adib. Belajar rajin-rajin. Stay safe. Saya doakan berjaya dunia akhirat,” tulisnya dalam hantaran berkenaan.

Terdahulu, Hishammuddin menyerahkan sumbangan peralatan persekolahan kepada anak-anak anggota Angkatan Tentera Malaysia dan warga awam Kementerian Pertahanan Malaysia.

“Ini generasi masa depan negara. Sumbangan hari ini hanya permulaan. Pelbagai lagi perancangan sedang MINDEF perhalusi untuk tahun ini. Demi kepentingan pendidikan mereka. InsyaAllah,” katanya.

Rata-rata netizen memuji dan berasa terharu dengan tindakan Hishammudin yang mesra melayan rakyat tanpa mengira darjat.

“Pemimpin berjiwa rakyat dari kecil sampai anak dua minat denganDatuk Seri Hishamuddin ni selalu berdoa semoga menjadi PM suatu hari nanti,” tulis Mamak Danial Razin Bie

“Terbaik terharu lihat seorang peminpin sayang rakyat,” kata Che Pong Dmel.

Mohd Syafik berkata, Hishammuddin memang sering melakukan aksi spontan sejak dari dulu lagi, dan beliau seorang menteri amat disenangi dan mudah didekati rakyat.

“Terbaik Dato sebak pula rasa bila lihat orang besar sanggup turunkan badan tunduk untuk ikat tali kasut seorang remaja.

“Allahhu moga Datuk Seri Hishammuddin Hussein sentiasa sihat ceria selalu serta dalam rahmat dan Redho Allah selalu hendaknya, Amin,” tulis Pak Teh Pak Long. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here