MAYAT kanak-kanak lelaki yang dilaporkan lemas ketika mandi sungai di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Kampung Balaban Jaya, Sabah sejak tiga hari lalu akhirnya ditemukan, pagi tadi.
Mohd Ridwan Suprianto Mohd Aidil yang berusia empat tahun ditemui kira-kira jam 9.50 pagi oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Rastam Keladi berkata, mayat ditemui kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.
Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.30 pagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan lemas ketika mandi di sungai berkenaan, kelmarin
Susulan itu, SAR diaktifkan termasuk menggunakan khidmat Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM Sabah. – Malaysiapost

