KJ bincang bawa masuk Turkovac

0
1

MENTERI Kesihatan Khairy Jamaluddin dilaporkan membincangkan mengenai membawa masuk vaksin ‘Turkovac’ dalam pertemuannya dengan Duta Turki ke Malaysia, Dr Merve Safa Kavakci, hari ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya, memaklumkan perkara itu antara yang dibincangkan dalam kunjungan hormat oleh duta berkenaan.

Menurut KKM, perkara lain yang dibincangkan adalah kolaborasi baharu antara Turki dan Malaysia.

“Cadangan untuk menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) yang merangkumi kerjasama dalam bidang pelancongan kesihatan, latihan/fellowship bagi Pegawai Perubatan dari Malaysia dan perkara lain yang berkaitan.

“Selain itu, turut dibincangkan ialah membawa masuk vaksin buatan sendiri ‘Turkovac’, pengiktirafan sijil vaksin Covid-19 dan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) antara kedua-dua negara,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, turut dibincangkan adalah cadangan pengiktirafan lebih banyak universiti di Turki oleh kerajaan Malaysia.

Turut hadir, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah.

Delegasi Kedutaan Turki pula dihadiri oleh Penasihat dan Timbalan Ketua Jabatan Misi, Sinan Cem Baş; Penasihat Komersial, Elif Haliloğlu Güngüneş, dan Setiausaha Ketiga, Kedutaan Turki, Sultan Gümüş. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here