Thaipusam: 7 jalan sekitar Batu Caves ditutup

0
1

SEMPENA perayaan Thaipusam, polis menutup beberapa jalan di Gombak bagi memastikan kelancaran aliran trafik.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed, berkata ia bagi memastikan kelancaran lalu lintas khususnya di sekitar kawasan Kuil Subramaniam di Batu Caves.

Beliau memaklumkan sebanyak tujuh jalan akan ditutup bermula pada jam 7 malam hari ini sehingga 12 tengah malam.

Jalan yang terlibat ialah:
📍 Lampu isyarat Kg Melayu Batu Caves
📍Susur dari arah MRR2 ke Kuil Batu Caves
📍Jln Batu Caves Lama ke Pintu Utama Kuil Batu Caves
📍Simpang 3 Lampu Isyarat hadapan Stesen Minyak Shell Batu Caves
📍Simpang 3 Jln SBC 8 / Jln Lama Batu Caves
📍Susur MRR2 dari Sri Gombak menghala Susur Jln Perusahaan Batu Caves
📍Jln Perusahan Menghala ke Kuil Batu Caves

“Pihak Trafik IPD gombak akan memastikan aliran trafik berjalan lancar sepanjang perayaan ini.

Dengan penutupan jalan ini pengguna jalan raya kawasan daerah Gombak harap sedia maklum,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here