Sultan Ibrahim terima mengadap Timbalan Ketua Polis Negara, Ketua Polis Johor baharu

0
1

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menerima mengadap Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain dan Ketua Polis Johor yang baharu, Datuk Kamarul Zaman Mamat hari ini.

Menerusi kenyataan di Facebook rasmi Sultan Ibrahim memaklumkan pertemuan itu berlangsung lebih sejam, sebelum baginda berkenan untuk santap tengah hari bersama tetamu kehormat.

Turut hadir sama pada pertemuan itu, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani.

Terdahulu, Kamarul Zaman memulakan tugas secara rasmi pada hari ini, selepas disempurnakan Majlis Serah Tugas daripada Pemangku Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin yang meneruskan tugas sebagai Timbalan Ketua Polis Johor. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here