Thaipusam: Tiada perarakan kavadi

0
1

PERARAKAN kavadi tidak dibenarkan pada sambutan perayaan Thaipusam, 18 Januari ini, kata Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Beliau berkata, perarakan kavadi itu termasuk dalam prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang mesti dipatuhi oleh semua kuil Hindu di seluruh negara.

Beliau berkata, individu berumur bawah 18 tahun juga tidak dibenarkan menghadiri perayaan itu.

“Semua kuil di seluruh negara akan menggunapakai SOP sama. Cuma jumlah kehadiran penganut berbeza mengikut saiz ruang kuil,” katanya seperti dilapor Malaysiakini hari ini.

Bagaimanapun, Halimah berkata, kerajaan membenarkan pergerakan kereta pedati dengan syarat hanya disertai oleh pihak pengurusan kuil, sementara penganut tidak dibenarkan termasuk dilarang menunggu di lokasi hentian kereta pedati berkenaan.

Halimah menegaskan, bilangan penganut di Kuil Sri Subramaniam, di Batu Caves juga dihadkan kepada 6,000 orang sehari. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here