470 kes Covid-19 libatkan mangsa banjir

0
1
Penduduk-penduduk membersihkan persekitaran rumah masing-masing yang terkesan akibat banjir semalam di Bukit Belacan Lembah Jaya Utara, Ampang hari ini.

JUMLAH keseluruhan kes positif Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir setakat ini adalah sebanyak 470 kes dan tiada pertambahan kes baharu dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sehingga jam 3 petang tadi juga tiada penularan baharu Covid-19 dilaporkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di dua negeri yang masih dilanda banjir.

Menurutnya, setakat ini hanya 15 kes dilaporkan di PPS dan jumlah kluster Covid-19 di PPS juga kekal hanya satu kluster.

“Jumlah PPS yang masih beroperasi adalah 27 PPS iaitu Johor dan tiga di Melaka membabitkan 1,086 orang mangsa yang dipindahkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 13 kes penyakit berjangkit baharu dikesan dalam kalangan mangsa banjir hari ini menjadikan keseluruhan 2,455 penyakit berjangkit membabitkan mangsa banjir yang dilaporkan setakat ini.

“Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI) dengan jangkitan semasa adalah 12 kes dan kumulatif 1,516 kes; penyakit kulit (tiada kes semasa, kumulatif 620 kes); manakala Acute Gastroenteritis (AGE), adalah satu kes semasa dan 297 kes kumulatif.

“Konjunktivitis tiada kes semasa dilaporkan dengan 16 kes kumulatif setakat ini; manakala penyakit mulut dan kaki (HFMD) pula sebanyak enam kes kumulatif dan tiada kes semasa dilaporkan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here