Polis siasat dakwaan anggota polis peras ugut warga asing 

0
1
Polis Di Raja Malaysia

POLIS akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan anggota polis memeras ugut warga asing di sebuah pasar raya di Kampung Baru, Subang. 

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata perkara tersebut tular di Twitter pada Isnin lalu selepas dimuat naik oleh seorang pemilik akaun laman sosial itu. 

Bagaimanapun, katanya, masa dan tarikh kejadian tidak dijelaskan dengan tepat. 

“Semakan dibuat mendapati pemilik akaun telah memadamkan isu tersebut dari laman Twitter miliknya,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurutnya, semakan mendapati tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian itu. 

Sehubungan itu beliau memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here