Abang Viva dapat hadiah Yamaha XJ6 Diversion

0
2

‘BUAT baik dibalas baik’, itulah ungkapan yang sesuai untuk ‘Abang Viva’ iaitu pemuda viral yang membantu mangsa banjir besar, baru- baru ini.

Sejak kisah keikhlasannya membantu mangsa banjir tular, rezekinya semakin melimpah-ruah termasuk yang terbaharu dikhabarkan menerima hadiah sebuah motosikal berkuasa tinggi , Yamaha XJ6 Diversion.

Menerusi beberapa keping gambar yang tular di Facebook semalam, Abang Viva atau nama sebenar, Azwan Omar 30, menerima hadiah sebuah motosikal berkuasa tinggi bernilai RM39,000 dipercayai  sumbangan seorang individu.  

Berdasarkan perkongsian gambar itu, motosikal itu dihadiahkan oleh seseorang sebelum diserahkan oleh sebuah kedai motosikal terkenal di Shah Alam, ICITY Motoworld Sdn Bhd.

“Terima Kasih Kepada Abang Viva. Buat baik dibalas baik, ” tulis kedai motosikal berkenaan di Facebook. 

Sebagai penghargaan terhadap usaha murni itu, pihak kedai motosikal terkenal itu turut menaja beberapa aksesori antaranya adalah topi keledar, jaket dan beg untuk Azwan.

Baru-baru ini, Azwan juga telah dipilih menjadi anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka atas jasanya membantu mangsa banjir.

Sebelum ini, seorang wanita dipercayai usahawan kosmetik yang dikenali sebagai Sha Hassan memaklumkan akan meghadiahkan kereta pacuan empat roda 4×4 kepada pemuda berkenaan.  – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here