Mana lebih bermaruah? – Najib

0
1

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membangkitkan kembali isu tindakan kerajaan menyelamatkan (bailout) syarikat berkaitan timah negara, Maminco kira-kira 40 tahun lalu ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Pekan berkenaan, membandingkan tindakan Dr Mahathir ketika itu yang didakwanya menggunakan hak saham dan aset Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menyelamatkan syarikat terbabit, berbanding tindakan kerajaan ketika ini yang membenarkan pengeluaran KWSP untuk rakyat yang terjejas akibat Covid-19.

Beliau merujuk kepada pandangan tokoh wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin yang mengatakan tindakan kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP melalui ii-Lestari, i-Sinar dan i-Citra sebagai tidak bermoral dan memalukan.

Najib turut meminta orang ramai bertanya kepada bekas Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan, ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri itu, adakah tindakan menyelamatkan syarikat menggunakan KWSP bermaruah dan tidak memalukan.

“Towkay MRCB datang lagi. Dia kata pengeluaran i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dari KWSP adalah tindakan tak bermoral dan memalukan.
Okay. Itu pendapat kamu.

“Tapi adakah merompak hak saham bumiputera dan aset KWSP untuk tujuan bail-out itu bermoral dan tak memalukan?
Cuba tanya Pak Kadir dalam posting dia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

A Kadir dalam hantarannya di Facebook pada Selasa lalu, mengatakan tindakan melulu kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ yang membenarkan pengeluaran KWSP akan menyebabkan ramai pencarum berdepan masa depan yang suram.

Sementara itu, Najib juga berkongsi kembali cabaran yang dibuatnya secara terbuka kepada Dr Mahathir berkenaan isu Maminco pada November lalu.

Beliau mencabar supaya Dr Mahathir menjawab pendedahannya jika benar saham kerajaan diluluskan yang sepatutnya diberikan kepada KWSP digunakan bagi menyelamatkan Maminco.

Najib turut mencabar veteran DAP, Lim Kit Siang menjawab berhubung dakwaannya itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here