88% populasi remaja lengkap vaksin

0
1
Petugas KKM menunjuk cara menyuntik jarum ke botol vaksin AstraZaneca di PWTC.

SEBANYAK 2,768,673 juta individu atau 88 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19, semalam.

Mengikut perincian yang dikongsi menerusi portal CovidNow hari ini, sebanyak 2,858,109 juta individu atau 90.8 peratus daripada kumpulan berumur 12 hingga 17 tahun sudah mendapat satu dos vaksin itu.

Bagi peratusan vaksinasi populasi dewasa di Malaysia sehingga semalam mencecah 97.8 peratus membabitkan 22,889,297 juta individu yang lengkap vaksinasi.

Manakala, sebanyak 99 peratus atau 23,172,722 juta individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Seramai 25,657,970 juta individu atau 78.6 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Manakala sebanyak 79.7 peratus atau 26,030,831 juta daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Terdapat pertambahan 253,944 dos diberikan semalam, dengan 2,152 dos pertama, 3,133 dos kedua dan 248,659 dos penggalak.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin sebanyak 59,771,359 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here