Sembelih ayam di premis, lesen 4 peniaga ditarik

0
1

MAJLIS Perbandaran Selayang (MPS) mengeluarkan kompaun dan menarik lesen perniagaan terhadap empat peniaga di Pasar Harian Taman Desa Jaya, Kepong yang didapati menjalankan aktiviti penyembelihan ayam di lokasi premis, baru-baru ini.

Siasatan mendapati peniaga menjalankan aktiviti penyembelihan ayam pada awal pagi dan membuang sisa-sisa bulu, darah dan organ ayam ke dalam longkang belakang premis sehingga menyebabkan bau busuk dan kotor di kawasan persekitaran.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat MPS, Ahmad Fauzi Ishak berkata tindakan peniaga tersebut juga melanggar syarat lesen yang hanya membenarkan peniaga menjual ayam siap diproses dan tidak dibenarkan melakukan aktiviti penyembelihan di premis.

Katanya, kesemua lesen peniaga telah ditarik selain dikenakan kompaun RM500 di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Establisymen Pelesenan Makanan (MPS) 2007 di bawah Seksyen 19 1(d) kerana melepaskan sisa-sisa bulu ayam, darah ayam dan bahagian organ ayam terus ke dalam longkang.

“MPS ingin mengingatkan semua peniaga agar menjaga kebersihan di kawasan premis masing-masing dan mematuhi syarat terkandung dalan lesen perniagaan masing-masing,” katanya menerusi kenyataan hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here