
MALAYSIA melaporkan 3,175 kes baharu Covid-19 hari ini, iaitu kembali melepasi angka 3,000 berbanding 2,641 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini 2,792,035.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini. – Malaysiapost
