Ali Puteh ajak netizen bencinya minum kopi

0
1

PELAWAK terkenal, Ali Puteh bersedia ‘mengopi’ dengan individu yang masih lagi melempar pelbagai tuduhan terhadapnya.

Mengakui letih menghadapi tuduhan seperti ‘makan’ duit dan menggunakan harta peninggalan arwah abangnya, Abam Bocey, Ali menegaskan, alangkah baiknya dia mengambil pendekatan berborak santai bersama segelintir netizen yang masih menanam sifat benci terhadapnya.

Menerusi hantaran di Instagram, Ali memberitahu dia sudi untuk berjumpa dan berborak dengan netizen yang masih melemparkan tuduhan padanya.

“Ada netizen yang masih komen benci, meluat, tamak harta, hidup senang dengan harta arwah abam.

“Jawapan saya boleh bagi adalah.. setting tempat bagitahu kat mana saya datang jumpa. Baru sedap kopi-kopi,” katanya.

Mengulas lanjut, Ali berkata, dia tidak mahu lagi membuat laporan polis terhadap netizen yang melemparkan fitnah terhadapnya kerana apabila berjumpa di balai polis perkara yang terjadi amat kontra seperti komen mereka di media sosial.

Malah, Ali menjelaskan dia tidak mempunyai niat riak dan mahu bergaduh dengan sesiapa, sebaliknya hanya mahu berjumpa dengan berborak dengan netizen sahaja.

“Bukan nak riak takbur…. bukan nak bergaduh atau sebagainya. Cuma nak jumpa dan berborak. Jangan komen-komen tak sedap sebab dah banyak kali ke balai jumpa netizen pasal kes ni.

“Bila depan polis semua comel-comel belaka macam anak kucing. Masa komen macam tiger. Bila jumpa semua macam baby. Ala ala comel. Ingat tau bukan nak bergaduh cuma selesa cakap berdepan lagi syok.

“Cuma nak pesan berpada-padalah bila komen. Nak kepastian ke apa ke, set tempat kita kopi-kopi, ok… muaaahh,” catatnya.

Pada 9 Februari 2020, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita kematian Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan akibat demam panas di kediamannya di Gombak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here