Kini trend ‘unboxing by husband’ pula tular

0
1

Nurul Huda Abhar

PELBAGAI trend di media sosial yang menerima kecaman netizen dan terkini tular pula rakaman ‘unboxing pengantin’ atau ‘unboxing by husband’ yang menjadi ikutan pasangan pengantin terutama di kalangan wanita bertudung.

Semakan Malaysiapost di laman TikTok, beberapa akaun telah menyahut cabaran itu dengan membuat rakaman pengantin lelaki membuka aksesori kepala dan tudung pengantin perempuan di hadapan cermin.

Perkongsian akaun @m4ddyy4 yang memaparkan adegan itu dengan menulis kapsyen ‘Unboxing by husband’ dan mendapat hampir 100,000 jumlah tontonan dan 47,000 tanda suka.

Rata-rata di bahagian komen pengguna laman itu menempelak tindakan pasangan tersebut yang mempamerkan video dianggap ‘peribadi’ kepada tontonan umum.

Menurut komen dari Tanne Adee, sepatutnya video seperti itu hanya disimpan dan suami perlu menegur perbuatan isterinya.

“Video macam ni simpan kat ampa sahaja la. Baru nikah kesian kat suami berapa banyak mata yang melihat,” ujarnya.

“Bilik tidur suami isteri adalah tempat privasi, tapi sudah tak privasi, semua orang dah tengok,” kata Rara.

“Aib suami isteri simpan sendiri sudah lah. Terlalu taksub merakam untuk content sampah pun tak boleh juga. Itu satu trend yang tidak sihat,” ujar Farahana.

Sebuah lagi akaun bernama @BabyAngoh juga tidak ketinggalan mengikut trend tersebut, merakam ketika suaminya sedang mencabut pin tudung di kepalanya dan masing-masing masih memakai busana pengantin. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here