Ezzaty Abdullah bakal timang cahaya mata lelaki

0
1

PASANGAN Selebriti, Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah bakal menimang cahaya mata kedua mereka tidak lama lagi.

Menerusi hantaran di Instagram Ezzaty baru-baru ini memaklumkan usia kandungannya kini berusia lapan bulan dan dijangka bersalin pada 21 Februari depan.

Bagaimanapun, katanya keadaan bayi ‘semakin turun’ selepas membuat pemeriksaan, kemungkinan bila-bila masa saja bakal melahirkan bayi lelakinya.

“Doakan semuanya dipermudahkan. Dua minggu lepas buat pemeriksaan, dah turun macam nak keluar. Ibu aktif dan banyak buat kerja kebelakangan ini.

“Naik semula ya baby. Awal lagi nak keluar. Hari Isnin, kena jumpa Dr Fidak semula untuk ‘check up’ (periksa). Harap baby dah naik semula. Doakan semuanya dipermudahkan ya,” tulisnya.

Azwan dan Ezzaty mendirikan rumah tangga pada 16 Julai 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata sulung perempuan, Harum Dalia yang kini berusia lima tahun. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here