Hampir 100% penduduk dewasa lengkap vaksin

0
1
Penerima-penerima hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol hari ini.

KADAR vaksinasi bagi penduduk dewasa di Malaysia menghampiri 100 peratus apabila seramai 22,878,955 individu atau 97.7 peratus lengkap divaksin, setakat semalam.

Berdasarkan data protal COVIDNOW, sebanyak 98.9 peratus atau 23,164,441 populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,764,980 individu atau 87.8 peratus daripada mereka telah melengkapkan vaksinasi.

Manakala, 2,855,467 atau 90.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Dalam pada itu, sejumlah 216,668 dos vaksin diberikan pada Jumaat melibatkan 2,627 dos pertama, 3,383 dos lengkap dan 210,658 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 59,033,667 dos dengan 7,570,846 daripadanya adalah dos penggalak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here