Golongan M40, T20 zahir keluhan sukar dapat bantuan kerajaan

0
1

HANTARAN Facebook Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini dibanjiri rungutan dan aduan orang ramai mengenai isu kelayakan mendapatkan bantuan kerajaan.

Dalam hantaran tersebut, Ketua Pemuda Umno itu bertanya ‘followernya’ berhubung bantuan kerajaan terhadap golongan T20 dan M20 yang jatuh dalam kelompok B40 susulan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Siapa di sini di kalangan mereka yang dulunya termasuk dalam kategori T20/M40 disebabkan PKP dan Pandemik menjadi B40?

“Pernahkah buat pemakluman atau rayuan untuk mengemaskini profil/status terkini pada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi melayakkan terima bantuan BPR/BPN/BKC/BKM? Boleh kongsikan pengalaman, dapat bantuan ataupun tidak?,” tulisnya.

Hantaran itu mendapat 411 komen dan 30 perkongsian, dengan rata-rata pengguna Facebook daripada golongan M40 menyatakan permohonan mereka tidak ditolak kerana kriteria tidak memenuhi syarat.

Rofiah Fiyah berkata, dia adalah salah seorang yang berada di M40 jatuh ke B40, yang merasai kesan daripada pandemik dan PKP.

“Gaji kena potong 15% dari tahun 2020 hingga kini. Tiada kenaikan gaji dan bonus. Syukur ada i-lestari ,i-sinar tampung bayaran hutang.

“Dulu gaji mampu sumbang cukai pada kerajaan. Sekarang tidak lagi. Caruman KWSP sangat membantu pendapatan yang kurang. Tak dapat bayangkan betapa peritnya kehidupan insan yang hilang terus pendapatan dan pekerjaan,” katanya.

Izami pula berkata: “Kriteria M40 dianaktirikan. Penetapan kriteria tidak adil dengan hanya berdasarkan pendapatan dan bukan setelah ditolak komitmen.

“Untuk makluman tuan dulu komitmen golongan ni selaras dengan pendapatan mereka, namun kesan PKP menyebabkan kebanyakan dari M40/T20 lebih teruk dari B40

“B40 dapat bantuan mudah, tapi M40/T20 yang tinggi komitmen sedia ada tunggu surat bank dan mahkamah saja la. Mati kutu hilang punca dah,” katanya.

Sementara, Zam Ima berkata, kelayakan permohonan bantuan daripada kerajaan meletakkan pelbagai syarat dan dia turut mempertikaikan data yang digunakan kerajaan.

“Taktau la kerajaan ambik data mana…ikut gaji sebelum covid…kalau gaji la (sekarang) tempat baru RM1,200…mana nak survive,” luanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here