Pembelian Peralatan Elektrik Domestik untuk mangsa banjir mula hari ini

0
1
KUALA LUMPUR, 25 Feb -- Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan ketika sidang media di ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah RiÕayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini. Terdahulu, Ahli Parlimen daripada PAS dan UMNO hadir dengan menaiki bas untuk ke Istana Negara bagi menghadap Seri Paduka Baginda. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

MANGSA banjir yang terkesan boleh mula membeli peralatan elektrik hari ini, menerusi Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia untuk Pembelian Peralatan Elektrik Domestik seperti diumumkan Perdana Menteri, baru-baru ini.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata Bantuan Pembelian Peralatan Elektrik Domestik sebanyak RM500 dalam bentuk e-rebat itu bertujuan meringankan beban pengguna elektrik domestik yang terkesan.

Ia bagi membolehkan mereka membuat pembelian peralatan elektrik menggantikan peralatan yang rosak.

“Pelaksanaannya akan menggunakan platform dan mekanisme Program Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE) yang diselaraskan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA Malaysia).

“Bantuan khas ini dikhususkan kepada warga Malaysia berdaftar sebagai pengguna/pemilik akaun elektrik (domestik) dengan syarikat utiliti elektrik, rumah terkesan banjir dan tersenarai sebagai Mangsa Bencana yang disahkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).

“Melalui bantuan ini, setiap rumah pengguna/pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) yang layak boleh memohon dan
mendapatkan e-rebat RM500 semasa membuat pembelian sama ada secara fizikal di kedai dan pasar raya berdaftar atau di platform e-dagang yang diiktiraf di bawah Program SAVE,” katanya menerusi kenyataan.

Takiyuddin berkata, pemberian bantuan itu hanya untuk 15 peralatan elektrik domestik yang disenaraikan, tidak terikat kepada syarat label cekap tenaga dan perlu mematuhi piawaian keselamatan elektrik.

“Bagaimanapun, pengguna digalakkan membeli peralatan elektrik berlabel cekap tenaga. Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh merujuk ke laman sesawang di pautan http:/www.seda.gov.my/bantuan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here