i-Citra: PH bantah kerana takut Umno dilihat sebagai pembela rakyat – Puad 

0
1
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

AHLI Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata pendirian Pakatan Harapan (PH) yang tidak bersetuju dengan cadangan pengeluaran ‘one-off’ RM10,000 i-Citra sebagai  dangkal.

Mohd Puad berkata, beliau percaya perkara itu dilakukan kerana PH tidak mahu Umno dilihat sebagai pembela rakyat sekiranya permohonan pengeluaran itu berjaya direalisasikan.

Katanya lagi, selain itu PH amat terikat MoU Kerajaan-PH dan mereka takut kehilangan peruntukan RM2.8 juta kepada setiap Parlimen.

“Kenapa ramai pemimpin DAP dan PKR tidak setuju? PH amat terikat MoU Kerajaan-PH. Mereka takut kehilangan peruntukan RM2.8 Juta setiap Parlimen.

“PH juga tidak mahu UMNO dilihat pembela rakyat jika cadangan pengeluaran one off RM10K itu dilaksanakan. Hujah mereka amat dangkal,” katanya.

Mohd Puad berkata, sedangkan Datuk Seri Najib Razak sudah mengemukakan langkah susulan jika pengeluaran itu dilaksanakan. 

“Antaranya, naikkan semula kadar caruman majikan. Struktur semula kadar dividen mengikut multi-tier. Beri projek-projek lumayan pada KWSP.

“Lagi pun tiada paksaan. Beri kebenaran pada yang memerlukan. Yang tidak perlu, mereka boleh terus menyimpan. Umno-Najib bukan buat cadangan membabi buta. PH tak baca habis,” katanya.

Semalam, media melaporkan, Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad menegur ahli politik ‘populis’ yang menggesa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan pencarum mengeluarkan lebih banyak wang simpanan persaraan mereka.

Katanya, adalah tidak adil untuk mengharapkan orang susah menggunakan sebahagian besar wang persaraan mereka untuk membina semula kehidupan selepas banjir

“Adalah tidak bertanggungjawab juga untuk ahli-ahli politik populis memainkan isu ini – mungkin mereka merasakan jumlah wang simpanan rakyat marhaen sama seperti akaun mereka,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here