Hakim enggan tangguh lagi prosiding 1MDB Najib 

0
1

HAKIM Datuk Collin Lawrence Sequerah enggan menangguhkan lagi perbicaraan penyewelengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

Memetik laporan Malaysia Gazette, Collin mahu prosiding diteruskan walaupun dimaklumkan saksi ke-12 iaitu bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1MDB, Azmi Tahir terpaksa cuti sakit kerana demam dan tidak dapat memberi keterangan hari ini. 

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib memberitahu mahkamah, pihaknya telah cuba menghubungi lima lagi saksi lain untuk memberi keterangan hari ini namun atas pelbagai alasan termasuk berada di luar negara, kuarantin selepas umrah, sakit dan notis lewat. 

Namun Collin bertegas memberitahu Ahmad Akram pihaknya mempunyai 50 saksi dan perlu menghubungi kesemua mereka. 

Antara saksi yang telah cuba dihubungi termasuk Datuk Johan Idris (KPMG Malaysia), bekas Pengarah Bukan Eksekutif 1MDB, Tan Sri Ismee Ismail; bekas pegawai khas Najib, Datuk Wan Ahmad Shihab Wan Ismail; bekas Setiausaha 1MDB, Lim Poh Seng dan seorang lagi saksi, Goh Gaik Kim. 

Mohd Akram sekali lagi cuba untuk menangguhkan dengan memberitahu hakim, beliau tidak dapat memikirkan siapa lagi yang boleh hadir petang ini untuk memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan. 

“Saya tidak dapat fikirkan siapa lagi, selain lima orang ini untuk beri keterangan hari ini namun semuanya mempunyai alasan yang tidak boleh dielakkan,” ujarnya. 

Bagaimanapun Collin enggan menerima alasan tersebut sebaliknya mengarahkan pasukan pendakwaan untuk mencari lagi saksi lain dan menetapkan 2.30 petang ini untuk sambung bicara. 

“Saya tidak mahu buang masa tangguh bicara. Jika lima saksi ini tidak boleh cari saksi lain. 

“Anda ada 50 saksi bagi kes ini bukan, hubungi mereka. Saya beri masa kepada anda sehingga 2.30 petang ini. Sehingga itu, kita tangguh sebentar,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here