Myvi biru lawan arus diburu polis

0
1

POLIS sedang mengesan pemilik Perodua Myvi berwarna biru yang dipandu secara melawan arus di Jalan Bukit Rotan berdekatan Taman Kasawari, Kuala Selangor.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, berkata kejadian berkenaan tular menerusi video berdurasi sembilan saat di laman Facebook sekitar jam 11 pagi kelmarin.

“Siasatan awal yang dibuat oleh Bahagian Penguatkuasaan dan Siasatan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor mendapati kejadian berlaku pada 1 Januari pada jam 10.55 pagi.

“Polis IPD Kuala Selangor kini dalam usaha mengesan pemilik kenderaan tersebut dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ramli berkata, orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi balai polis terdekat atau terus berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Muhamad Najmi Abd Rahman di talian 017-8028105 atau 03-32891222. –Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here