Mayat mangsa banjir di Beluran ditemui

0
1

MAYAT seorang lelaki yang dihanyutkan arus deras di sebuah ladang berdekatan Kampung Kinadaan, Sugut di Beluran, Sabah ditemukan di Sungai Osum Sugut, semalam.

Mayat pekerja ladang warga Filipina berusia 26 tahun itu ditemui kira-kira 1.8 kilometer daripada lokasi mangsa hanyut.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda, berkata mangsa dikenali sebagai Kaerul ditemui kira-kira jam 1.20 tengah hari semalam dalam keadaan tersepit di kayu dan batu di tebing sungai berkenaan.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan pelbagai agensi sejak lima hari lalu.

“Mayat lelaki itu kemudiannya dihantar ke Hospital Beluran untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dalam kejadian pada 31 Disember lalu, mangsa dipercayai cuba menyeberang jalan yang dinaiki air setinggi hampir 1.5 meter, sebelum dihanyutkan arus deras.

Lelaki itu adalah salah seorang daripada tiga mangsa yang dilaporkan hilang akibat banjir di Beluran. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here