Masalah teknikal punca MRT laluan Kajang lewat

0
1

RAPID Rail Sdn Bhd memohon maaf di atas kelewatan perkhidmatan MRT Laluan Kajang susulan masalah teknikal yang berlaku di Stesen MRT Phileo Damansara.

Rapid Rail menerusi kenyataan berkata, kejadian tersebut berpunca selepas sebuah tren bernombor 22 mengalami masalah teknikal ketika menghampiri stesen berkenaan.

“Pihak operasi telah mengaktifkan pelan servis alternatif dengan menggunakan satu landasan antara stesen Phileo Damansara dengan stesen Semantan.

“Pengguna dari arah Kwasa Sentral perlu turun dan mendapatkan tren perantara di Stesen Phileo Damansara ke Stesen Semantan dan seterusnya meneruskan perjalanan seperti biasa,” katanya.

Rapid Rail berkata, pengguna dari arah Kajang perlu turun dan mendapatkan tren perantara di stesen Semantan ke stesen Phileo Damansara.

Katanya, situasi itu juga telah menyebabkan pergerakan tren akan menjadi lebih perlahan dan berhenti lebih lama di platform.

“Kerja-kerja mengenal pasti masalah sedang giat dijalankan oleh pasukan teknikal Rapid Rail.

“Fokus pihak operasi adalah untuk memastikan pengguna dapat meneruskan perjalanan ke tempat kerja dengan selamat.

“Pelan servis alternatif akan terus diaktifkan sehingga perkhidmatan kembali normal,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here