Lelaki diburu gagal hadir mahkamah kes hina Agong, PM

0
1

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) kini memburu seorang lelaki yang gagal hadir ke mahkamah bagi pertuduhan membabitkan kes penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata N Ganesparan, 40, gagal hadir ke Mahkamah Sesyen Jenayah Siber, Kuala Lumpur pada 20 Disember 2021.

Menurutnya, susulan itu waran tangkap dikeluarkan oleh pihak mahkamah.

“Ganesparan dikehendaki berikutan kegagalan hadir pertuduhan kes penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri Malaysia dibawah Seksyen 233(1)(a)(ii) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai mengenai lelaki berkenaan menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

“Orang ramai boleh menghubungi Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Superintendan Junainah M Kasbolah di talian 019-7051 222 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Shahrir Mohamad di talian 019-5414 014,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here