Tarikh PAU 2021 ditentukan 12 Januari ini – Ahmad Maslan

0
1
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan

TARIKH baharu Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021 akan diputuskan pada 12 Januari ini selepas penangguhannya susulan bencana banjir yang melanda negara ketika ini.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata tarikh berkenaan akan diputuskan dalam Mesyuarat Bulanan Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

“PAU 2021 yang sepatutnya pada 12 hingga 15 Januari ini telah ditangguh. Tarikh baru akan diputuskan pada 12 Januari ini dlm Mesyuarat bulanan MKT pada jam 8 mlm di PWTC.

“Sementara itu ahli Umno diminta membantu rakyat mangsa banjir di kawasan-kawasan yang terlibat,” katanya dalam satu ciapan di Twitter, hari ini.

Pada 25 Disember lalu, Ahmad mengumumkan PAU 2021 yang ditangguhkan susulan bencana banjir yang melanda beberapa negeri.

Menurutnya, penangguhan itu sudah dimaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). – Malaysiapos

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here