Taktik baharu Macau scam guna panggilan video

0
1

POLIS mengesan taktik baru sindiket penipuan ‘Macau Ccam’ melalui panggilan video palsu menggunakan wajah pegawai polis dengan aplikasi yang menampakkan pergerakan mulut ‘pegawai’ berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata pihaknya menerima satu laporan mengenai kes berkenaan semalam membabitkan seorang mangsa wanita berusia 40 tahun.

Menurutnya, suri rumah terbabit melaporkan menerima panggilan kononnya dari pegawai insurans sebelum disambungkan ‘pegawai polis’ yang memaklumkan mangsa terbabit kes penggubahan wang haram dan rasuah.

“Pegawai polis tersebut telah membuat panggilan video dengan berpakaian seragam menggunakan aplikasi yang menampakkan pergerakan mulut seolah-olah orang sebenar dan mengelirukan pengadu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas laporan itu, Beh berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 dan 511 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati sindiket mengelirukan orang ramai dengan membuat panggilan video menggunakan aplikasi menampakkan kesahihan pemanggil sedangkan sudah diubahsuai pergerakan mulut dan gambar wajah yang disunting.

“Kaedah ini boleh memperdayakan orang ramai sehingga mengakibatkan kerugian.

“Polis memandang serius kes membabitkan panggilan telefon palsu menggunakan gambar profil pegawai polis dan pihak penguatkuasaan lain bagi mengaburi mata orang ramai,” katanya.

Beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan panggilan diterima dan membuat penilaian serta semakan terlebih dahulu agar tidak menjadi mangsa penipuan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here