PKPD di Felda Keratong 5

0
1
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bersasar di Residensi Hijaun Pantai, Lembah Pantai.

FELDA Keratong 5 di Rompin, Pahang dikenakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Khamis ini susulan berlaku penularan wabak Covid-19 di lokaliti berkenaan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad berkata keputusan itu dibuat kerajaan selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Dengan penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19, PKPD akan dilaksanakan di Felda Keratong 5, Rompin bermula 6 hingga 19 Januari ini.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi PKPD adalah sama seperti diumumkan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, beliau memaklumkan tiada pelanjutan dan penamatan PKPD dilaporkan setakat ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here