
JEMAAH yang baharu pulang menunaikan Umrah mempunyai pilihan untuk menjalani kuarantin di stesen kuarantin diuruskan kerajaan mahupun swasta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, berkata pihaknya memahami keresahan jemaah Umrah berhubung kos tambahan dan ketidakselesaan sepanjang kurantin.
“Justeru, jemaah umrah mempunyai pilihan sama ada berurusan terus dengan stesen kuarantin swasta (rujuk hotel yang disenaraikan NADMA) atau stesen kuarantin yang diuruskan Kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, bagi penempatan kuarantin yang diurus Kerajaan, ‘Person Unders Surveilance’ (PUS) iaitu jemaah yang negatif ujian saringan Covid-19 akan ditempatkan di hotel atau Pusat Latihan Awam.
“Ia bergantung kepada ketersediaan bilik pada hari ketibaan. Bagi pilihan ini, kos urusan kuarantin ditanggung oleh pihak Kerajaan termasuk makan, minum serta pengangkutan dari lapangan terbang.
“Tempoh kuarantin adalah seperti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.
Berikut adalah senarai pusat kuarantin untuk jemaah:
• QS Institut Latihan Awam (QS ILA):
AKEPT Nilai
IAB Nilai
ILIM Bangi
ISEF Bangi
ILKAP Bangi
Pulapol KL
• QS Hotel
NEGERI SEMBILAN
- Klana Resort, Seremban
KUALA LUMPUR
- Hotel Royal
- Hotel Swiss Garden, Bukit Bintang
- Hotel IBIS, KLCC
- Hotel Furama, Bukit Bintang
- Hotel Mercure Kuala Lumpur Shaw Parade
- IBIS Style KL Fraser Business Park
- Hotel AnCasa
- Hotel Cosmo
- Hotel KIP
- Hotel Arena Star
SELANGOR
- Hotel Sama-sama
- Hotel Gorsett Grand, Subang
- Hotel Crystall Crown, PJ
- Hotel Sunway Clio
- Hotel Hilton Garden Inn, Puchong
- Hotel Oriental Crystal
- Hotel Summit, USJ
- Hotel Pegasus, Shah Alam
