SEBANYAK 22.86 juta individu atau 97.7 peratus populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat tengah malam tadi.
Berdasarkan data portal COVIDNOW, sebanyak 23,15 individu atau 98.9 peratus daripada golongan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi remaja pula, seramai 2.75 juta individu atau 87.6 peratus telah melengkapkan dua dos.
Terdapat pertambahan 208,327 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 58 juta dos. – Malaysiapost

