Razarudin serah tugas kepada Ayob Khan

0
1

DATUK Razarudin Husain menyerahkan jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik kepada Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dalam majlis serah tugas di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani hadir menyaksikan majlis serah tugas itu.

Pada majlis itu juga turut menyaksikan serah terima tugas penyerahan jawatan Pengerusi Perkep Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik daripada Datin Zainah Othman kepada SAC Datin Zalena Mohd Ariffin dengan disaksikan Pengerusi Perkep, Puan Sri Ir Zaitun Mohd Isa.

Turut berlangsung, istiadat penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) kepada 50 pegawai dan anggota polis bagi menghargai jasa kepahlawanan, pengorbanan dan kebaktian mereka kepada negara semasa era darurat serta insurgensi komunis.

Menurut Acryl Sani, beliau dan seluruh warga PDRM mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ayob Khan atas pelantikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik serta Zalena sebagai Pengerusi Perkep yang baharu jabatan itu.

“Saya yakin, dengan berbekalkan pengalaman luas dalam bidang kepolisan, Ayob Khan mampu memikul amanah diberikan ini dengan cemerlang, sekali gus dapat memperkukuhkan lagi barisan kepimpinan PDRM dalam mengharungi apa jua cabaran yang mendatang,” katanya – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here