Penyelarasan pasca banjir penting untuk bantu mangsa – PM

0
1

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan betapa pentingnya penyelarasan pasca banjir oleh semua agensi berkaitan dalam membantu mangsa banjir yang terkesan.

Beliau berkata, perkara itu ditegaskannya dalam Mesyuarat Task Force Pengurusan Pasca Bencana Banjir MTL 2021/2022 hari ini.

“Pagi ini saya mempengerusikan Mesyuarat Task Force Pengurusan Pasca Bencana Banjir MTL 2021/2022.

“Mesyuarat membincangkan pengurusan pasca banjir dan persediaan hadapi gelombang kedua. Saya turut menegaskan akan pentingnya penyelarasan pasca banjir dalam membantu mangsa-mangsa banjir,” katanya menerusi hantaran di laman sosial miliknya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here