9 mangsa banjir positif Covid-19, 63 kes penyakit berjangkit

0
1

SEBANYAK sembilan kes baharu positif Covid-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir sehingga jam 3 petang hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir adalah 460 kes.

Bagaimanapun, katanya tiada kes baharu positif Covid-19 dan pertambahan kluster baharu yang dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS).

“Justeru, bagi jumlah keseluruhan kes positif wabak itu di PPS adalah 15 kes setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, menurutnya, sebanyak 63 kes penyakit berjangkit dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir hari ini.

“Ia melibatkan jangkitan saluran pernafasan akut (42 kes), penyakit kulit (10 kes), dan acute gastroenteritis (11 kes),” katanya.

Menurutnya, sehingga kini sebanyak 143 PPS masih beroperasi iaitu Pahang (49), Johor (37), Negeri Sembilan (19), Sabah (17) dan Melaka (16), Kelantan (3) dan Terengganu (dua).

“Jumlah mangsa terjejas banjir seramai 8,667 orang,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here