Persatuan dukun anjur ritual khas doa Indonesia juara Piala AFF 2020

0
1

SEKUMPULAN dukun dari Banyuwangi, Indonesia mengadakan ‘ritual khas’ mendoakan kemenangan pasukan bola sepak nasional mereka yang bakal bertemu Thailand di peringkat akhir kedua Piala AFF Suzuki 2020, di Singapura malam nanti.

Menurut portal Detik.com, dukun daripada Persatuan Dukun Nusantara (Perdunu) itu mengadakan ritual yang diberi nama Samar Wulu.

Presiden Perdunu Abdul Fatah Hasan berkata, ritual tersebut diadakan supaya skuad Garuda menang ketika melawan Thailand selepas tewas di perlawanan akhir pertama Rabu lalu.

Katanya, selain mendoakan kemenangan Indonesia, ritual ini diadakan bagi tujuan menolak bala.

Skuad bolasepak Indonesia menghadapi ujian getir kerana terpaksa mencari sekurang-kurangnya lima gol tanpa dibolosi susulan ketinggalan empat gol secara agregat.

Dalam perlawanan akhir pertama Rabu lalu, Thailand berjaya membenam Indonesia 4-0, sekali gus memiliki kelebihan selesa untuk menjulang Piala AFF 2020. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here