Lelaki bunuh diri kerana tekanan, bukan dibunuh

0
1
Polis Di Raja Malaysia

POLIS menafikan dakwaan tular di media yang mendakwa kematian seorang lelaki di sebuah kondominium di Cheras, Kuala Lumpur semalam kerana dibunuh pegawai polis berpangkat Inspektor.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Abd Jalil Hassan, lelaki itu dipercayai membunuh diri kerana tekanan akibat masalah rumah tangga.

Jelas Abd Jalil, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dikesan dan mangsa dipercayai membunuh diri dengan cara terjun dari tingkat 20 kondominium berkenaan.

“Maklumat lanjut daripada saksi mendapati mangsa tinggal berseorangan dan isteri mangsa telah keluar dari rumah sejak 7 Disember 2021 akibat masalah rumah tangga hingga menyebabkan mangsa mengalami tekanan.

“Hasil pemeriksaan lanjut pada kamera litar tertutup di dalam lif mendapati mangsa masuk ke dalam lif berseorangan dan keluar di tingkat 20.

“Turut dijumpai satu tin arak dan pelitup muka yang telah dihantar ke jabatan kimia untuk pengesanan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Abd Jalil menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi boleh menggusarkan orang awam dan sentiasa mendapatkan maklumat sahih serta tidak mempercayai berita palsu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here