Kertas siasatan Long Tiger lari lokap hampir selesai

0
1

POLIS Johor hampir menyiapkan kertas siasatan melibatkan kes lelaki keturunan Rohingya dikenali sebagai Long Tiger yang melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, kira-kira dua minggu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pihaknya kini bersedia untuk membuat permohonan reman tambahan jika diperlukan bergantung kepada siasatan semasa.

“Sambung reman atau tidak, ini bergantung kepada siasatan kalau belum lengkap mungkin kita akan minta sambung reman dan keadaan ini juga bergantung kepada majistret sama ada akan bagi reman tambahan atau tidak.

“Tetapi saya rasa Insya-Allah, lebih kurang kita dah siapkan kertas siasatan.

“Kes ini ‘straight forward’ iaitu dia melarikan diri daripada tahanan. Kita akan lihat kalau tidak cukup, kita akan minta reman tambahan,” katanya seperti dilapor Malaysia Gazette hari ini.

Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak pada 15 Disember lalu sebelum ditahan semula di Sungai Petani, Kedah pada 28 Disember lalu, direman empat hari.

Turut direman adalah tiga lelaki berusia 36, 38, dan 46 tahun termasuk seorang pondan dipercayai terbabit memberi perlindungan kepada Long Tiger. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here