Cuti Tugas Khas Perubatan, Cuti Tibi dipanjangkan

0
1

KERAJAAN bersetuju meluluskan kemudahan Cuti Tugas Khas Perubatan dan Cuti Tibi kepada pegawai perubatan, pergigian dan farmasi kontrak.

Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Mohd Shafiq Abdullah, berkata pemakluman mengenai kelulusan pemanjangan kemudahan itu telah diterima daripada Jabatan Perkhidmatan Awam pada 27 Disember lalu.

“Ia di mana menjelaskan kelulusan dan pelaksanaan kemudahan Cuti Tugas Khas Perubatan serta Cuti Tibi, Kusta dan Barah kepada pegawai perubatan, pergigian dan farmasi kontrak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, selaras dengan pemakluman tersebut, surat edaran telah dikeluarkan bagi menjelaskan kelulusan dan pelaksanaan kemudahan cuti i kepada semua ketua jabatan di bawah KKM.

Sebelum ini, ciapan yang dimuat naik melalui akaun Twitter HartalDoktorKontrak mempersoalkan berhubung kemudahan Cuti Tibi, Kusta dan Barah, menyatakan bahawa “it was simply a word of mouth by KJ, no black and white”. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here