Pakar syor ambil dos penggalak selepas 3 bulan terima vaksin primer

0
1
PUTRAJAYA, 9 Sept -- Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada sidang media di Kementerian Kesihatan hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

VAKSIN penggalak Covid-19 kemungkinan meningkatkan perlindungan terhadap jangkitan varian Omicron, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata hasil kajian awal melibatkan 21 juta pemberian dos penggalak dijalankan di United Kingdom menunjukkan data keselamatan yang amat meyakinkan.

Menurutnya, sejajar dengan itu, badan regulatori seperti di United Kingdom, Kanada dan Australia setar panel pakar kesihatan kini mengesyorkan sela masa bagi vaksinasi dos penggalak boleh diberi seawal tiga bulan selepas menerima vaksin primer.

“Semua warga emas berumur 60 tahun ke atas dan semua individu dewasa yang menerima semua jenis vaksin (Pfizer, AZ dan CoronaVac) amat disyorkan untuk menerima vaksin penggalak sekurang-kurangnya tiga bulan selepas menerima vaksin primer.

“Individu yang mempunyai komorbiditi, penghuni serta petugas di pusat jagaan kesihatan jangka panjang dan individu dewasa berumur 18 tahun ke atas yang telah menerima vaksin lengkap sekurang-kurangnya tiga bulan selepas menerima vaksin primer dengan mengikut turutan umur bermula daripada 50 tahun ke atas, 40 tahun ke atas, dan seterusnya 18 tahun ke atas,” katanya dalam sidang media hari ini.

Khairy berkata, saranan Kumpulan Kerja Teknikal juga akan disemak dari semasa ke semasa berdasarkan data sera maklumat terkini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here