Hadiah kereta: ‘Kalau tiada syarat InsyaAllah saya ambil’ – Abang Viva

0
1

PEMUDA tular dikenali sebagai ‘Abang Viva’ atau Azwan Omar, 29, memberi gambaran bersedia untuk menerima hadiah sebuah kenderaan pacuan empat roda yang ditawarkan seorang usahawan kosmetik baru-baru ini.

Bagaimanapun pemuda berasal dari Melaka itu berkata akan bertemu dahulu dengan usahawan itu, Sha Hassan untuk berbincang sama ada tawaran tersebut bersyarat ataupun tidak.

Azwan berkata, ia kerana dia menerima banyak komen menasihatinya agar menerima ganjaran tersebut.

“Itu tidak pasti lagi (terima kereta) sebab saya nak habiskan misi dekat Pahang ni. Esok hari terakhir saya dekat Pahang. Hari Jumaat baru saya jumpa founder itu. Nanti baru jumpa Sha ‘face to face’ berbincang.

“Kalau tidak ada syarat insyaAllah saya ambil (kereta). Sebab ramai yang komen suruh ambil. Kalau ada syarat daripada dia saya tidak ambil,” katanya dalam sesi siaran langsung di TikTok.

Terbaharu, usahawan wanita dikenali sebagai Sha Hassan berhasrat menghadiahkan ‘Abang Viva’ kenderaan pacuan empat roda bagi memudahkan dia membuat kerja-kerja kebajikannya.

Sha dalam hantaran di Instagram miliknya memaklumkan telah berjaya menghubungi dan menyampaikan hasratnya itu kepada Azwan.

Menerusi paparan tangkap layar, Azwan belum memberi jawapan untuk menerima ganjaran itu dan sempat bertanyakan secara jujur sama ada pemberian tersebut untuk tujuan pemasaran usahawan itu atau sebaliknya.

Menurut Azwan, dia tidak mahu terikat dengan mana-mana syarikat atau badan bukan kerajaan (NGO) dan mengakui tidak mampu menanggung kos penyelenggaraan kereta yang agak mahal bagi orang biasa seperti dia.

Membalas pertanyaan itu, Sha berkata dia tidak memaksa dan memberi masa untuk Azwan berfikir mengenai tawaran hadiah itu serta menegaskan tiada niat terselindung di sebalik pemberian berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here