KES baharu Covid-19 kekal pada angka di bawah 3,000 buat hari ketiga berturut-turut apabila mencatatkan 2,897 kes hari ini.
Angka itu menunjukkan sedikit peningkatan berbanding semalam yang merekodkan 2,757 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah itu menjadikan keseluruhan kes sejak wabak berkenaan melanda negara adalah 2,746,833 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini. – Malaysiapost

