35 kematian baru akibat Covid-19

0
1
Skuad Pengurusan Jenazah covid-19 Malaysia menanam pokok sebagai penanda selepas selesai mengebumikan jenazah covid-19 di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

JUMLAH kematian harian akibat Covid-19 yang dilaporkan semalam adalah sebanyak 35 kes dengan enam daripadanya adalah kes kematian luar hospital (BID).

Berdasarkan data dikongsikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal COVIDNOW, jumlah kumulatif kematian akibat Covid-19 sejak wabak berkenaan melanda negara kini mencecah 31,369 kematian.

Daripada jumlah itu, korban diklasifikasikan sebagai BID adalah seramai 6,334 kes.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 42,917 kes aktif dilaporkan, termasuk 197 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 169 pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 4,620 kes sembuh turut dilaporkan, manakala jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan setakat ini adalah 2,743,936 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here