2 minggu sembunyi, Long Tiger akhirnya dicekup

0
1

SETELAH hampir dua minggu bersembunyi, lelaki keturunan Rohingya dikenali sebagai Long Tiger yang lolos dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, pada 15 Disember lalu dicekup hari ini.

Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, ditahan dalam operasi khas yang dijalankan di Kuala Ketil di Sungai Petani, lapor Kosmo.

Menurut portal itu, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dijangka akan mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor esok.

Dalam kejadian pada jam.11.55 pagi 15 Disember lalu, Ab Hamim meloloskan diri melalui pintu utama Mahkamah Majistret Tangkak sebelum perbicaraan bermula.

Lelaki itu diambil dari penjara Sungai Udang untuk perbicaraan mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here