MUDA berjaya kumpul RM1 juta untuk mangsa banjir di Pahang

0
1

PARTI Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) telah berjaya mengumpul sebanyak RM 1 juta dalam masa empat hari untuk bantuan mangsa banjir di Pahang.

Dalam satu kenyataan, MUDA berkata jumlah tersebut adalah kesinambungan daripada kutipan sebelum ini di mana secara keseluruhan RM2 juta berjaya dikumpulkan untuk mangsa bencana itu.

“Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua penderma, kami di Parti MUDA mengambil berat akan amanah dan tanggungjawab yang telah anda berikan kepada kami.

“Setakat ini #maribantu telah berjaya membantu lebih dari 5000 isi rumah melalui pelbagai insiatif dari projek gotong royong pembersihan hinggalah kepada pemberian bantuan secara langsung.

“Insyallah usaha ini akan diteruskan lagi khususnya bagi negeri Pahang yang kini terkesan teruk akibat dari bencana banjir,” kata kenyataan itu hari ini.

Dalam masa sama, parti MUDA memaklumkan setiap ringgit yang didermakan akan dimanfaatkan sebaik dengan melalui proses semak dan imbang dalaman serta luaran.

Katanya, bagi memastikan ketelusan dari pihak parti MUDA, laporan berkala perbelanjaan akan diterbitkan dari semasa ke semasa dan laporan akhir beserta bukti audit juga dipaparkan kepada orang awam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here