Langsung tiada gambar di pelamin, bapa pengantin meninggal lepas akad nikah

0
2

KEGEMBIRAAN pasangan pengantin baharu bagai direntap apabila bapa kepada pengantin perempuan meninggal dunia selepas pulang dari majlis akad nikah di pejabat agama.

Kejadian tersebut diibarat pemergian bapa pengantin ‘diganti’ dengan kehadiran menantu baharu dalam keluarga mereka.

Kisah menyayat hati itu dikongsi jurugambar @norchafieqahazri menerusi laman TikTok, yang mana beliau sepatutnya mengambil gambar majlis hari bahagia pasangan itu.

Dalam perkongsian itu juga menyebut majlis kahwin yang sepatutnya diadakan bagi merai pasangan mempelai bertukar majlis tahlil.

Katanya, tiada sebarang gambar yang sempat dirakam di atas pelamin pernikahan berikutan berita sedih itu sangat mengejutkan keluarga pasangan pengantin.

Hantaran itu juga menyebut bahawa bapa pengantin perempuan kelihatan agak penat ketika pernikahan anaknya, dan tidak disangka arwah akan pergi sejurus pulang dari pejabat agama.

Ruangan komen di video itu dibanjiri dengan tulisan netizen yang tidak dapat menggambarkan perasaan sedih ahli keluarga pengantin yang kehilangan bapa dalam masa singkat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here