DUN Melaka beri tepukan gemuruh buat ‘Abang Viva’

0
2

PENGORBANAN ‘Abang Viva’ yang menjalankan misi membantu mangsa banjir di beberapa lokasi di negara ini bukan sahaja mencuri hati netizen, malah mendapat penghormatan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Azwan yang berasal dari Melaka secara sukarela datang ke kawasan bencana banjir di Selangor dan Pahang dengan bot persendirian dibawa menggunakan Perodua Viva sehingga mencuri perhatian orang ramai.

Lebih mengharukan hati netizen apabila mengetahui Azwan hanya berbekalkan RM50 dalam menjayakan misinya.

Sehubungan itu media melaporkan DUN Melaka hari ini mengucapkan tahniah serta memberi penghormatan kepada lelaki berusia 29 tahun itu.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali ketika membentangkan Bajet 2022 Negeri Melaka berkata beliau tersentuh hati dengan tindakan operator mesin itu.

Ini kerana menurutnya, Azwan sanggup mengambil cuti daripada majikannya untuk meredah kepayahan bagi menyelamatkan mangsa banjir di dua negeri tersebut.

“Yang membanggakan kita adalah beliau pergi ke sana dengan menggunakan kereta Viva dan membawa sebuah bot di atas bumbungnya dengan hanya berbekalkan RM50 iaitu RM20 untuk mengisi minyak kereta dan RM30 untuk beli makanan mengalas perut.

“Jadi apa salahnya kita mengucapkan tahniah dan penghormatan kepada sukarelawan hero orang Melaka ini dengan kita semua memberikan tepukan semangat kepada Abang Viva,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here