47 korban banjir setakat ini – polis

0
1

SERAMAI 47 orang menjadi mangsa korban banjir di seluruh negara sehingga kini manakala lima lagi masih hilang, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Menerusi kenyataan hari ini, Acryl Sani berkata Selangor kekal dengan 25 mangsa, manakala Pahang seramai 19 mangsa dan tiga mangsa lagi dilaporkan di Kelantan.

“Mangsa di Selangor membabitkan 17 lelaki dan lapan wanita; di Pahang 13 lelaki dan empat wanita serta dua kanak-kanak lelaki.

“Sementara di Kelantan membabitkan dua mangsa lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here