Banjir: Peminjam PTPTN terkesan boleh tangguh bayar tiga bulan

0
2

PEMINJAM Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang terkesan banjir baru-baru ini, diberi kelonggaran penangguhan bayaran balik pinjaman selama tiga bulan

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata keputusan itu diambil selari dengan aspirasi kerajaan yang prihatin serta komited membantu Keluarga Malaysia yang terlibat dalam bencana banjir mengakibatkan kemusnahan harta benda termasuk peminjam PTPTN.

“Peminjam yang terkesan boleh mengemukakan permohonan kepada PTPTN bermula 28 Dis hingga 31 Mac 2022,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Noraini berkata, butiran lanjut mengenai pelaksanaannya akan diumumkan oleh PTPTN dan berharap penangguhan bayaran balik PTPTN itu dapat meringankan beban peminjam yang terkesan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here