Bekalan elektrik Taman Sri Muda kembali pulih

0
1

TAMAN Sri Muda, Shah Alam yang terjejas teruk akibat banjir besar sejak Sabtu lalu kini kembali menerima bekalan elektrik.

Perkara itu turut dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi hantaran Facebooknya, malam tadi.

“Sri Muda kembali bercahaya malam ini. Terima kasih seluruh warga kerja TNB!,” tulisnya dalam hantaran itu.

Dalam pada itu, TNB dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, bekalan elektrik di 284 kawasan di Pahang, Negeri Sembilan (24), Kuala Lumpur (117) dan Selangor (121) telah dipulihkan sehingga jam 12 tengah malam tadi.

“Jika banjir sudah surut di kawasan anda tetapi masih belum menerima bekalan elektrik, ini kerana pencawang elektrik yang menyalurkan bekalan ke premis anda masih belum benar-benar selamat untuk diaktifkan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here