Ajal ketika misi bantuan banjir

0
1

SEORANG anggota Jabatan Amal Malaysia meninggal dunia ketika misi bantuan pembersihan pasca banjir di Bukit Changgang, Kuala Langat, hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia Hanafi Zulkapli, berkata Ahmad Zaki Mahbar dilaporkan pitam dan tidak sedarkan diri ketika misi berkenaan.

Menurutnya, Allahyarham adalah Komandan Amal Kawasan Mersing, Johor merangkap Ketua Kor Marin Jabatan Amal Malaysia.

“Jabatan Amal Malaysia merakamkan salam takziah buat keluarga Ahmad Zaki diatas pemergian beliau selepas dikejarkan ke Hospital Banting pitam dan tidak sedarkan diri sebentar tadi.

“Allahyarham hadir ke negeri Selangor untuk bantu misi pembersihan pasca banjir di Bukit Changgang, Labohan Dagang dan kawasan sekitar. Semoga rohnya dirahmati Allah SWT,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here